Sonong kinorikata dokoyu toinsanan id kampungku, WELKOM dan SELAMAT datang ke Kampung Bayayat .. nikmati keindahannya dan hayatilah saja .. ngam laini saya rasa hehe
Kampung BAYAYAT terletak di daerah Kota Belud kawasan N. 7 KEDAMAIAN, dari pekan kota belud ianya mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk sampai ke kampung bayayat ( paling slow laitu ) kecualilah korang buat jalan raya ke kampung bayayat tuh ala ala litar sepang, Kampung bayayat bukan melalui jalan ke Kudat Kota Marudu dari pekan Kota Belud tetapi dipertengahan jalan Kota Belud - Kundasang, bermakna anda mengikut simpang yang sama dengan simpan ke TAMU BESAR Kota Belud dan jalan terus melalui jalan utama yang kalau korang biasa memandu tuh korang taulah mana satu jalan utama hehe, iklim di Kampung Bayayat selalunya berubah-ubah, kalau panas, panaslah jadinya, kalau masa sejuk, tersangatlah sejuknya, tapi selalunya memang sejuk dan redup sebab dikelilingi oleh pokok pokok dari hutan tebal. Dan sekali lagi saya ingatkan bahawa waktu pagi di Bayayat sangat sejuk. Penduduk kampung bayayat SEMUAnya berbangsa DUSUN dan BERAGAMA Kristen SIB. Hidup harmoni, tolong menolong, dan kebanyakannya adalah saudara mara. Lengkap dengan letrik, talian telefon, coverage HP pun dah ada ( kan org kuning digi tuh dah sampai puncak kinabalu huahahah ) dan yang pastinya penduduknya amat mudah didekati dan ramah tamah.